Tuesday, 2 August 2016

7. GADIS YANG MISTERI

'Abang Anuar, mula mula nak pergi mana?' melihat abangnya dari belakang. 'Hemm.. Anuar kena ingat tau yang rumah kita ni dekat dengan taman pastu sebelah ada surau dan...' terhenti seketika setelah melihat gadis yang dia jumpa 'Wah, rupanya dunia kecil,kan? Kat sini rupanya rumah detektif tu. Tah tah ni jodoh aku dengan gadis detektif tu kot. Hemmm... hah..' kata hati Anuar dengan senyuman yang penuh gembira.' Abang Anuar ni dah kenapa tersengih ni. Hah tengah fikir seseorang ke tu??' tanya Ainun kepada Anuar.
   'Ye ke?'
   'Yelah apalah Ainun ni...'
   'Ala macam Ainun ni tak kenal perangai abang Anuar je ni'
   'Nak menyibuk je tau adik abang ni kan....'

Sunday, 10 July 2016

6. KEHIDUPAN YANG BARU NAK BERMULA (2)

Selesai sahaja mengemas,membersih dan menyusun atur barang bersama-sama dengan keluarganya Anuar dapatlah berehat untuk seketika... Hemm penat tu.. 'Abah... Anuar nanti pukul 5 nak pergi tengok keadaan sekeliling jap, boleh tak?' Anuar memulakan perbualannya.. 'Hemm.. pergilah.. Nanti pergi dengan Ainun. Biar Ainun ni jadi mata abah untuk perhatikan Anuar ni... Nanti kang pukul 10 malam dah sesat cari rumah...' lenteran Encik Firdaus tidak dihiraukan oleh Anuar. Dia hanya mengangguk je.. 'Yes, sir!' jawab Ainun untuk abahnya,Encik Firdaus..
       'Ainun, ikut abang je jangan nak beli apa apa tau'
       'Yelah, abang Anuar oii'
       'Bagus, macam nilah baru adik abang yang comel dan cantik'
       'Ada je abang ni'

Friday, 17 June 2016

5. KEHIDUPAN YANG BARU NAK BERMULA

' Wah, besarnya rumah ni! Ingatkan kecil je...' kata hati Anuar setelah melihat rumah barunya. baru je si Anuar tu nak masuk rumah tu tiba-tiba Encik Firdaus dah berleter ' Anuar tolong mak dan adik kau tu angkat barang. Ni tau nak lari je dari kerja... Macam mana nak ganti abah hah Anuar! Jadilah seorang lelaki yang sejati macam abah ni... Dah lah kuat, baik, bijak,dan...' ' Hemm.. abah dia tu pun sama je... dua orang ni tau nak lari daripada nak tolong je..' Puan Aminah memotong lenteran Encik Firdaus tu... Ainun ketawa kecil je dengan kerenah keluarga dia. Apa nak jadilah keluarga tu...

Sunday, 29 May 2016

4. SELAMAT TINGGAL(4)

Aduh Zaki ni kalau member rapat dia ni nak pergi mana mesti kata macam tu. Anuar ni bukan pergi jauh sangat sampai tak boleh nak pergi melawat dia. Ni macam nak suruh dia pergi dan lupakan terus je... kan mereka ni member sentiasa saling mengingati antara satu sama lain.
       'Abang Zik bila nak habis berbual tu kita dah nak pergi ni! ' jeritan adiknya, Ainun yang tengah berlari ke arah Anuar tu. ' Baiklah, adikku sayang. Janganlah nak terburu-buru sangat... ' Anuar menjawab. giliran bapanya pula ' Anuar kerja kau senang je salam member kau pastu cakap selamat tinggal supaya jumpa lagi. Senangkan kacang je, anakku sayang....' . Ni dah semua guna sayang ni kenapa.. hemm sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.. Setelah selesai Anuar terus menuju ke kereta. Semua membernya menjerit ' Sayangku Anuar selamat tinggal, jaga diri tau. Jangan lupakan kita semua disini!' dengan serentaknya. Anuar hanya melayan dengan kerenah membernya itu.
       Anuar melambai ke arah membernya itu. Tiba-tiba ternampak gadis itu memandangnya di bawah pokok yang berdekatan dengan kereta.

Tuesday, 5 April 2016

3. SELAMAT TINGGAL(3)

Gadis itu melambaikan tangannya di muka Anuar yang masih tenung wajahnya. 'Awak, awak, ooo awak!' gadis itu cuba memanggilnya berkali-kali dan akhirnya ada respon si Anuar. Perrr lambatnya si Anuar nak sedarkan diri dari khayalannya tuu. 'Ah, ye ada apa, cik detektif?' soal Anuar kepada gadis itu. 'Senangnya hati kau nak gelar orang ye? Ni nak cakap kau ni tadi macam tergesa-gesa je jadi cepatlah pergi ke destinasi yang kau nak tuju tu "Handsome boy" .' setelah mendengar lenteran gadis itu Anuar mengangkat basikalnya dan terus mengayuh ke destinasi yang Anuar nak tuju tu. 
       'Ishh.. kau ni Anuar lambatnya,kita semua dah tunggu lama sangat !' jeritan Nazril kepada Anuar yang masih mengayuh ke arahnya. Setelah sampai Anuar bersalaman dengan rakan-rakannya untuk kali terakhir. 'Bro aku mesti rindukan kau ialah kau kan orang yang paling rapat dengan aku kan?' Zaki menyoal Anuar dengan soalan itu. Macamlah dia tak rapat dengan orang lain selain si Anuar ni. 

Thursday, 31 March 2016

2. SELAMAT TINGGAL(2)

Dengan lajunya Anuar mengambil basikal dan terus mengayuh ke tempat yang dituju. Dia tidak melihat kiri dan kanan dia menggunakan laluan penjalan kaki. Tanpa disedarinya...
   "Aduh!" dengan serentak si Anuar dan seorang gadis
   "Woi,lain kali tengoklah betul-betul ni main lalu je suka hati depan orang!!
       Anuar melihat gadis itu sedang mencari sesuatu milik kepunyaannya dan hanya memandang bawah. "Woi kau dengar tak?!" Anuar menyoal gadis itu. Gadis itu tidak menjawab. Anuar terus menyoal berkali-kali kepadanya. Gadis itu masih lagi tidak menjawab pertanyaan. 'Hish, dia ni pekak ke apa?!' bisik hati si Anuar. Anuar menunduk-nundukkan kepalanya untuk melihat wajah gadis itu. Setelah melihat wajah gadis itu hatinya mula berdegup dengan lajunya. "Awak ada sakit mana-mana ke?" gadis itu menyoal Anuar yang hanya melihat raut wajah gadis itu. Gadis itu hanya membetulkan cermin matanya. 'Dahlah cantik pastu pakai cermin mata lagi comel adalah....' bisik hati si Anuar. 
       "Awak,awak dengar tak ni?" gadis itu hanya melambai tangannya dekat muka Anuar. Anuar hanya melihat wajah gadis itu. "Awak,awak tadi nampak macam tergesa-gesa macam ada hal yang tak selesai. Betul tak?" gadis itu menyoal kepada Anuar. 'Eh, dia ni macam tahu-tahu aku ada hal. Dia ni macam detektif.' bisik hati si Anuar. 

Sunday, 31 January 2016

1.SELAMAT TINGGAL

"Anuar,bangun!" Puan Aminah mengejutkan anak sulungnya yang masih dibuai mimpi yang indah.  "Ala masih pagi lagi la mak...." Anuar berkata kepada Puan Aminah dengan lemahnya. "Pagi apanya,Anuar Zikri. Sekarang ni dah masuk tengah hari laaa!" Puan Aminah berkata kepada Anuar dengan suara yang keras. Anuar melihat jam locengnya yang menunjukkan waktu tengah hari. 'Alamak aku dah lambat ni! Hari ni dah la hari terakhir aku kot nak jumpa mereka.' kata hati Anuar yang begitu risau. Anuar segera bangkit dari katilnya dan mengambil tuala untuk  mandi. "Hah nak pergi mana ni? Dah la tak kemas barang lagi ni!" melihat Anuar yang segera menuju ke bilik air.
       Setelah selesai memakai pakaiannya dia terus turun dan menuju ke pintu untuk keluar dari rumah.